Wednesday, February 27, 2013

K@WEN???? NiK@H??

Haish Haish....ramai kawan-kawan aku pakat kawen......Haish...MENGELUH LAK AKU

Keperluan berkahwin tidak lagi ditentukan oleh adat, apabila lelaki itu dihukum wajib berkahwin. Ini biasa berlaku apabila orang itu tidak dapat berkahwin kerana IBU BAPANYA ataupun IBU BAPA BAKAL pasangannya MENGHALANG.

Ha!itulah dia ape yang aku ade penah baca...macam bapa aku menghalang si Dia

Hal ini dapat menyebabkan berlaku perbuatan zina.
Ibu bapa yang tidak menghiraukan agama, memaksa anak-anak menyimpan duit yang banyak bagi melaksanakan kenduri besar. Selain itu, mereka menyediakan perarakan bagi membawa dulang-dulang hantaran,pelamin, supaya maruah ibu bapa dapat dijaga. Sedangkan, MENANGGUHKAN PERKAHWINAN adalah HARAM untuk individu yang dihukum wajib berkahwin.

Ha!yang di atas ni pun ibu bapa kena baca....asyik dok baca buku KESiLAPAN ANAK je xjadi gak coz anak-anak ada baca dua-dua buku mengenai KESiLAPAN IBU BAPA & KESiLAPAN ANAK......

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Nikah itu sunnahku. Siapa yang tidak mengerjakan sunnahku, dia bukan daripada golongan aku."

huhuhuhu....bila terbaca sabda Baginda s.a.w maka macam mana pun aku perlu kawen...pernah gak dulu terlintas di kepala otak aku, xnak la kawen

Berkahwin mengikut adat yang berlawanan dengan Islam, yang membebankan bakal pengantin, tidak mendapat rahmat daripada Allah s.w.t

Ibu bapa, sama ada pengantin lelaki ataupun perempuan, perlu bertanggungjawab atas setiap maksiat yang berlaku. Ini berpunca daripada keingkaran ibu bapa yang menyebabkan punca kepada banyak pasangan menangguhkan pernikahan, walaupun sampai ke tahap wajib berkahwin.

Terdapat satu kisah
Pada suatu hari, Abbas bin Abdul Mutalib memanggil semua anak remaja lelakinya. Lalu, dia berkata kepada anak-anaknya itu, "Wahai anak-anakku. sekiranya kamu semua sudah mempunyai kemahuan berumah tangga, beritahu kepada aku. Dengan izin Allah, aku berusaha bagi mengahwinkan kamu. Ini kerana, apabila orang melakukan zina, pada masa itu Allah akan mencabut iman daripada hatinya."

So, adakah itu yang ibu bapa mahukan??

Akan berlaku sedikit rasa kecewa dalam diri, tetapi hidup bertambah malang sekiranya pihak lelaki meneruskan perkahwinan dengan perempuan yang tidak mempunyai rasa suka kepadanya ataupun berkahwin dengan perempuan itu tanpa dapat restu dari ibu bapa perempuan tersebut.
Then, bagaimanakah ini?? What should dat person do??or What should dat pasangan do??

Ada orang cakap,orang itu pun pernah belajar bab bab agama gak....memang kena ikut restu ibu bapa sebab redha ibu bapa adalah redha Allah s.w.t tapi ibu bapa juga tidak tahu tentang sama ada itu adalah jodoh anaknya...if dikira jodoh n if ibu bapa xrestu macam mana pun kelak kehidupan anak tetap akan bahagia sebab lelaki tersebut benar-benar bersungguh-sungguh n tidak rude n berani n berubah diri semua kerana Allah s.w.t

sejahil-jahil manusia itu, dia tetap akan jadi baik...kadang-kadang orang yang kita nampak alim bukan main tapi orang tersebut tidak sebaik mana seperti orang yg kita sangka dia jahil

ENTAHLAH Ya Allah! semuanya aku serahkan padaMu

Friday, February 1, 2013

DENGKi?? P2

Penghayatan untuk diri aku juga
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" 
(An-Nisa' : 32)

Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.
Tentulah Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa.
Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri kerana sikap pesimis (rendah hati) yang keterlaluan dan menurunkan keazaman untuk terus berjaya. Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya. 


Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah.
Iri Hati Itu Boleh.
Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.
Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.
Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki.
Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Inilah yang minta dilindungi kepada Allah dari perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya.
Yakinlah Dengan Keadilan Allah.
Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.
Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.
Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.
Dipetik dari : Artikel iluvislam.com

Biasalah manusia zaman sekarang pantang tengok orang lebih dari dia.

Allah melarang hambanya bersifat dengki tapi kalau ader dalam diri kita x guna kita solat.

Cara-cara mengelakkan hasad dengki orang lain ialah:

1. Sebelum bertemu dengan orang ramai bacalah surah Al-Falaq dan Ayat kursi
2. Jangan sesekali cerita tentang kejayaan kita kepada orang lain. (kecuali kalau orang tanya)
3. Jangan cerita kelebihan kita kepada orang lain
4. Jangan suka menunujuk-nunjuk.
5. Kalau kita dapat result exam jangan bagitahu rakan kita. takut nanti lau result dia x memuaskan kita tinggi dari dia nanti dia dengki lak.
6. Jangan mudah mempercayai orang untuk berkongsi sesuatu rahsia kita terutama tentang perbelanjaan kita.
Cara2 di atas Dipetik dari : blogspot org laen

apa yang aku mampu buat sekarang ni hanya membaca AL-MATHURAT & BERDOA agar xberlaku perkara yg aku x ingini

DenGKi??? P1

Ya ALLAH...

Apabila aku HAPPY je keje, ade saja orang nak dengki...
Mencari kesalahan aku tapi orang tu xjumpa...
Bila aku ade 1 time buat kesalahan...she look happy
2nd time I make mistake again...but I don't know whether does it true what she(rakan sekerja) is saying
she(rakan sekerja) told me dat parent SMS her...told her what had happen yesterday to their child...
she(rakan sekerja) also told me dat parent said their child got bengkak on head
I was very shocked because yesterday no "bengkak" when she fall down in front of me n near me
I'm da one who take out her shorts...but da child like to shake shake body n not listening to me
Yup my fault coz not being fierce to dat child
Suppose me to be fierce better than they falling down n get hurt
Bila neneknya ambil,aku gtao what had happen to da child in school
Next morning I received da child from her mommy...her mommy told me nevermind coz nothing happen
Tu I rasa pelik betol kew mak nyer ada sent SMS mengatakan anaknya d kepala bengkak??
Rakan sekerja aku tu cepat2 gtao BOS...but rakan sekerja x tunjuk adakah benar SMS maknya bagi cmtu
BOS pun x siasat betol2...aku lak masa tu xterpikir nak suruh BOS siasat..
Ntahlah apa akan berlaku pada masa akan datang terhadap diriku
Aku sentiasa ingat dengan satu nasihat ni>>


SETiAP UJiAN YANG DiBERi oLeh ALLAH S.W.T kepada hamba-hambanya adalah MENGiKUT KEMAMPUAN yg hambanya MAMPU ATASi UJiAN tersebut TETAPi hamba ALLAH S.W.T masih TiDAK SEDAR AKAN KEMAMPUAN yg ADA PADA DiRiNYA

Monday, January 14, 2013

RESEPi>>Puding Gul@ H@ngus


Bahan-bahan ( 6 orang makan )

  • 1/2 cawan gula (dimasak menjadi gula hangus)
  • 8 biji telur
  • 2 tin susu cair / susu full cream
  • 3 sb gula
  • 1 st esen vanilla

Cara-cara

  1. gula dimasak sehingga hangus & pastikan jangan terlalu lama. jika tidak, gula akan terasa pahit.
  2. dalam masa yang sama, panaskan pengukus. kemudian, masukkan gula hangus tadi kedalam acuan sebelum dimasukkan ke dalam pengukus.
  3. blend telur bersama gula & esen vanilla. kemudian masukkan susu.
  4. tuang campuran tersebut di atas gula hangus di dalam pengukus. biarkan selama 30 minit atau sehingga masak.

Sunday, January 13, 2013

RESEPi>>CEND@W@N M@S@K S@YUR


Bahan-bahan ( 6 orang makan )

  • 1 inci halia (dihiiris )
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 10 biji cendawan butang dipotong dadu (x kisah yang segar or dari tin)
  • 2 batang 'baby corn' (di potong ikut selera masing2)
  • 1/2 batang lobak (potong ikut selera)
  • 10 batang kacang buncis (dipotong panjang)
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu tepung jagung ( dikacau besama 3 sudu besar air)
  • 1 biji telur (ambil putih sahaja)

Cara-cara

  1. masukkan minyak ke dalam kuali yang sudah panas. Masukkan bawang putih,merah dan halia.Goreng sehingga naik bau.
  2. masukkan lada hitam, kicap manis dan sos tiram.Biarkan ia menggelegak seketika masukkan cendawan bersama air dan sayuran tadi bersama garam.Biarkan sehingga mendidih dan sayur separa masak.(seeloknya masukkan cendawan dahulu, setelah mendidih baru masukkan sayuran)
  3. Apabila sayuran dh nampak masak masukkan telur putih dan pastikan ianya sentiasa dikacau. Masak lagi sehingga telur betul2 cantik dan tidak berketul.
  4. akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dikacau bersama air tadi ke dalam sayuran dan cendawan tadi. Kacau dan masak dlm 1 minit.Kemudian bolehlah dihidangkan..amat mudah!!
Animated Cool Shiny Blue Pointer