Wednesday, February 27, 2013

K@WEN???? NiK@H??

Haish Haish....ramai kawan-kawan aku pakat kawen......Haish...MENGELUH LAK AKU

Keperluan berkahwin tidak lagi ditentukan oleh adat, apabila lelaki itu dihukum wajib berkahwin. Ini biasa berlaku apabila orang itu tidak dapat berkahwin kerana IBU BAPANYA ataupun IBU BAPA BAKAL pasangannya MENGHALANG.

Ha!itulah dia ape yang aku ade penah baca...macam bapa aku menghalang si Dia

Hal ini dapat menyebabkan berlaku perbuatan zina.
Ibu bapa yang tidak menghiraukan agama, memaksa anak-anak menyimpan duit yang banyak bagi melaksanakan kenduri besar. Selain itu, mereka menyediakan perarakan bagi membawa dulang-dulang hantaran,pelamin, supaya maruah ibu bapa dapat dijaga. Sedangkan, MENANGGUHKAN PERKAHWINAN adalah HARAM untuk individu yang dihukum wajib berkahwin.

Ha!yang di atas ni pun ibu bapa kena baca....asyik dok baca buku KESiLAPAN ANAK je xjadi gak coz anak-anak ada baca dua-dua buku mengenai KESiLAPAN IBU BAPA & KESiLAPAN ANAK......

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Nikah itu sunnahku. Siapa yang tidak mengerjakan sunnahku, dia bukan daripada golongan aku."

huhuhuhu....bila terbaca sabda Baginda s.a.w maka macam mana pun aku perlu kawen...pernah gak dulu terlintas di kepala otak aku, xnak la kawen

Berkahwin mengikut adat yang berlawanan dengan Islam, yang membebankan bakal pengantin, tidak mendapat rahmat daripada Allah s.w.t

Ibu bapa, sama ada pengantin lelaki ataupun perempuan, perlu bertanggungjawab atas setiap maksiat yang berlaku. Ini berpunca daripada keingkaran ibu bapa yang menyebabkan punca kepada banyak pasangan menangguhkan pernikahan, walaupun sampai ke tahap wajib berkahwin.

Terdapat satu kisah
Pada suatu hari, Abbas bin Abdul Mutalib memanggil semua anak remaja lelakinya. Lalu, dia berkata kepada anak-anaknya itu, "Wahai anak-anakku. sekiranya kamu semua sudah mempunyai kemahuan berumah tangga, beritahu kepada aku. Dengan izin Allah, aku berusaha bagi mengahwinkan kamu. Ini kerana, apabila orang melakukan zina, pada masa itu Allah akan mencabut iman daripada hatinya."

So, adakah itu yang ibu bapa mahukan??

Akan berlaku sedikit rasa kecewa dalam diri, tetapi hidup bertambah malang sekiranya pihak lelaki meneruskan perkahwinan dengan perempuan yang tidak mempunyai rasa suka kepadanya ataupun berkahwin dengan perempuan itu tanpa dapat restu dari ibu bapa perempuan tersebut.
Then, bagaimanakah ini?? What should dat person do??or What should dat pasangan do??

Ada orang cakap,orang itu pun pernah belajar bab bab agama gak....memang kena ikut restu ibu bapa sebab redha ibu bapa adalah redha Allah s.w.t tapi ibu bapa juga tidak tahu tentang sama ada itu adalah jodoh anaknya...if dikira jodoh n if ibu bapa xrestu macam mana pun kelak kehidupan anak tetap akan bahagia sebab lelaki tersebut benar-benar bersungguh-sungguh n tidak rude n berani n berubah diri semua kerana Allah s.w.t

sejahil-jahil manusia itu, dia tetap akan jadi baik...kadang-kadang orang yang kita nampak alim bukan main tapi orang tersebut tidak sebaik mana seperti orang yg kita sangka dia jahil

ENTAHLAH Ya Allah! semuanya aku serahkan padaMu

No comments:

Post a Comment

Animated Cool Shiny Blue Pointer