Thursday, December 27, 2012

maSih Lagi asa REZEKi yg dpt xCukup??nape ek??


Jika kita setiap bulan pening gaji sentiasa tak cukup atau duit mudah hilang, apakah sebabnya?
Jika hati kita tidak merasai kemanisan beribadah dan tidak benci melakukan maksiat, apakah puncanya?

Setahu aku ia tidak menolak kemungkinan, semuanya itu boleh berpunca daripada sumber rezeki khususnya wang ringgit yang kita perolehi tidak diberkati oleh Allah SWT.

Kita semua yang bekerja pagi hingga malam untuk mencari duit belanja setiap bulan akan terasa amat-amat rugi sekiranya, semua duit ringgit yang kita perolehi tidak dipandang mulia di sisi Allah.

Mari kita berfikir sejenak.
Kita percaya rezeki kita dari sumber yang halal insyaAllah sebab kita tidak bekerja di tempat-tempat yang haram, tidak melakukan kerja-kerja yang haram dan tidak bersyubahat dalam perkara-perkara yang haram.

Namun, dalam ke’halal’an yang kita fikirkan itu, adakah ia benar-benar berkat? Adakah pengurusan kerja yang kita lakukan itu selari dengan tuntutan Islam?


Contohnya begini. Kita berkerja dalam sebuah syarikat. Kita menggunakan harta syarikat sewenang-wenangnya macam harta kita sendiri. Kemudian, kos penggunaan peribadi ditanggung pula oleh syarikat.
Contoh yang lain, kita tidak pergi ke pejabat tanpa alasan yang kukuh. Kita bercuti kerana malas, dan kita tidak menyiapkan semua kerja yang diberikan. Dalam erti kata lain, kita tidak amanah. Maka, adakah mungkin hasil kerja yang kita lakukan itu merupakan sumber yang halal lagi berkat? Bukankah sikap tidak amanah itu salah satu ciri munafik?

Masa aku keje di syarikat swasta tu..patutlah aku rasa gaji sebyk RM1400 masih xcukup,sebabnya aku menggunakan mesin fotostat syarikat utk kegunaan aku sendiri n aku guna komputer pejabat utk kegunaan aku sendiri..aku rajen main game guna komputer n rajen bukak facebook..

Saudara saudari sekalian,kita mendapat duit gaji setiap hujung bulan. Alangkah gembiranya kita! Duit itu kita gunakan untuk membeli makanan, minuman, barang-barang keperluan diri dan keluarga. Duit itu juga digunakan untuk membeli susu anak kita yang masih kecil.

Di akhirat nanti, semuanya itu akan dihitung. Umur, masa, tenaga dan duit semuanya akan ditanya Allah. Jika berkenaan dengan harta, Allah akan tanya dari mana sumbernya dan ke mana ia dibelanjakan. Susah teman..
Marilah kita berhijrah. Hijrah daripada perbuatan kita yang buruk kepada yang baik. Masih terbuka rahmah Allah untuk menerima taubat kita. Jika tidak sukakan kerja tersebut, berhenti, dan carilah kerja yang lebih baik dan secocok dengan jiwa kita. Mudah-mudahan kesilapan kita yang lama dapat diperbaiki.

Allah SWT berfirman (maksud) ;
Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa (hambaNya), sesungguhNya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih

Teman-teman yang dirahmati Allah,
Allah SWT berfirman (maksud) ;
Katakanlah, siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Katakanlah Allah

Rezeki itu milik Allah. Hidup kita ketentuan Allah. Marilah kita penuhi hak-hak Allah dan bertaqwa dengan sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah melorongkan jalan keluar daripada kesulitan yang kita tempuhi. Bersangka baiklah dengan Allah.
InsyaAllah, marilah kita memilih jalan yang lebih baik lagi diredhai oleh Allah. Apalah lagi yang lebih berharga daripada redha Allah?
Berikut ialah tips-tips agar rezeki luas dan halal:
1.  Menjauhi kerja yang haram dan syubahat.Rasulullah SAW bersabda: “Dan seseorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dilakukannya.”(HR. Tarmizi)
2   
 
 2.   Bekerja bersungguh-sungguh.Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala suka melihat hamba-Nya bersusah payah (kepenatan)dalam mencari rezeki yang halal.”(HR. Adailami)

3.       Mengadukan masalah rezeki ini hanya kepada Allah SWT.Rasulullah SAW bersabda; “sesiapa yang ditimpa kemiskinan,kemudian dia mengadukannya kepada sesama manusia,maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu.Namun,sesiapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah,maka Allah akan memberinya rezeki,baik segera atau lambat.”(HR. Abu Daud dan Tarmizi,Abu ‘Isa berkata hadis ini sahih gharib)

4.       Banyak membaca istighfar.Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar,maka Allah SWT akan mejadikan setiap kesukaran menjadi kelapangan dan pada kesempitan ada jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya.”(HR.Imam Ahmad)

5.       Sabar dan banyak membaca ‘lahaula wala Quwwata illa billaah’.

6.       Tawakkal sepenuhnya kepada Allah SWT.Rasulullah SAW bersabda; “Jika kamu semua bertawakkal dengan sebenar-benarnya,maka Allah akan memberikan rezeki kepada burung yang keluar pada pagi buta dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang.”(HR. Bukhari)

7.       Bersedekahlah dan nafkahkanlah harta tersebut kepada yang berhak. “Nafkahkanlah hartamu serta jangan kamu mengira-ngiranya,maka Allah SWT akan mengira-ngiranya untukmu; dan janganlah kamu mengira-ngiranya,maka Allah akan mengira-ngiranya untuk kamu.”(HR. Bukhari dan Muslim)

8.       Bantulah agama Allah dengan menegakkan syariat Islam secara kaffah.Allah SWT berfirman; “Wahai orang-orang yang beriman,kalau kamu membela agama Allah,nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapa pendirian kamu.”(Surah Muhammad:7)
Dipetik daripada Solat Dhuha Buatmu Murah Rezeki Seluas-Luasnya oleh Miftahul A’la.

SAMA-SAMA LA AMALKAN UNTUK MEMPEROLEH REZEKI YANG HALAL..PERiNGATAN iNi JUGA UNTUK DIRI AKU

No comments:

Post a Comment

Animated Cool Shiny Blue Pointer